Wabak Kolera di Yaman

115 dari 8 ribu 500 orang di Yaman yang di serang penyakit kolera sejak 27 April hingga sekarang, kehilangan nyawa mereka.

732278
Wabak Kolera di Yaman

Pengarah Palang Merah Internasional,  Dominik Stillhart, pada sidang akhbar di ibu negara, Sana, telah menarik perhatian kepada wabak kolera yang mencapai kadar yang serius di negara ini.

Stillhart mengatakan bahawa menurut data yang diberikan Kementerian Kesihatan Yaman sejak 27 April hingga sekarang, 8 ribu 500 orang dari 14 wilayah telah dijangkiti wabak kolera, sedangkan 115 orang daripada mereka kehilangan nyawa kerana wabak ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Awam dan Penduduk Ebyen, Ali Mansur Hansel juga mengatakan bahawa bilangan mereka yang disyaki dengan cirit-birit yang teruk yang dilarikan kerumah sakit dalam tempo tiga hari meningkat kepada 182 orang.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Jumaat, melaporkan bahawa sejak 27 April hingga sekarang, 51 orang dari wilayah-wilayah yang berbeza di Yaman, yang terkena wabak kolera, telah meninggal dunia. 

Menurut data WHO, 103 orang dari 21 ribu orang yang menderita penyakit yang sama di negara ini sebelumnya, telah kehilangan nyawa mereka. 



Berita Terkait