Rusia Gunakan Hak Veto di The United Nations Security Council (UNSC)

Rusia kembali menggunakan hak vetonya di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi diktator Bashar al-Assad dari kecaman antarabangsa kerana serangan senjata kimia yang mematikan akhir minggu lepas.

711697
Rusia Gunakan Hak Veto di The United Nations Security Council (UNSC)

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) untuk PBB, Nikki Haley, kepada Majlis Keselamatan berkata,

“Dengan veto Rusia menolak pertanggungjawaban, Rusia menolak untuk bekerja sama dengan penyelidik independen PBB dan Rusia menolak resolusi yang sedianya akan membantu mendukung perdamaian di Syria” katanya.

Merujuk Presiden Syria, Bashar al-Assad, “Rusia kembali memilih berdampingan dengan Assad” tambahnya.

Dengan 10 suara setuju dan dua menentang serta tiga tidak memberi suara, Rusia menghalangi upaya yang diusulkan Inggris, Perancis dan Amerika.

Sedangkan China yang jarang berbeda pendapat dengan Rusia tidak memberi suara, sementara anggota tidak tetap Majlis Keselamatn, Bolivia memilih menolak dan Etiopia serta Kazakhstan, bergabung dengan China tidak memberi suara.

Rancangan resolusi itu hendak mengecam serangan gas dan meyokong kuat dilakukannya siasatan antarabangsa mengenai apa yang berlaku.

Rancangan resolusi yang sama hari Khamis lepas, gagal menjalani pungutan suara di Majlis.

Haley;

“Jika rejim ini tidak bersalah seperti yang didakwa oleh Rusia, maklumat yang diminta dalam resolusi ini akan membersihkan nama rejim.” katanya.

“Karena kegagalannya, Rusia akan terus diasingkan” tambahnya.

Haley juga membuat amaran kepada rejim Assad di Damsyik "Amerika memerhatikan tindakan anda dengan teliti. Hari-hari kesombongan dan sikap abai anda pada kemanusiaan sudah berakhir "katanya.

"Saya cadangkan anda pelajari hasil pungutan suara ini dengan teliti, dan resapi peringatan ini". tambahnya.



Berita Terkait