Pengundian Brexit di Parlimen Inggeris

Parlimen Inggeris, memutuskan untuk memulakan proses rasmi ke luar dari Kesatuan Eropah (EU), melalui pungutan suara yang diselenggarakan pada Rabu malam 1 Februari waktu tempatan.

663772
Pengundian Brexit di Parlimen Inggeris

Sebanyak 498 suara memberi persetujuan kepada Perdana Menteri Inggeris, Theresa May, untuk memulakan perundingan, sementara 114 suara menentang.

Parti Nasional Scotland dan Liberal Demokrat sejak awal menyatakan menentang manakala 47 anggota Parti Buruh memilih untuk tidak selari dengan kepimpinan parti yang menyokong Brexit.

Rang undang-undang Kesatuan Eropah kini akan dibawa ke Majelis Tinggi sebelum ditetapkan sebagai undang-undang, namun dijangka tidak akan menghadapi penentangan.

PM May telah memutuskan batas waktu pada 31 Mac untuk mencetuskan Pasal 50 Perjanjian Lisbon, yang menjadi awal dari proses rundingan dengan Kesatuan Eropah untuk memisahkan diri, yang dijangka memakan masa kira-kira dua tahun.

Debat di parlimen dan perhitungan suara ini berikutan keputusan Mahkamah Agung bahawa Parlimen harus memberikan suara dalam proses Brexit walaupun hasil pungutan suara pada Jun 2016 menetapkan 51.9% suara ingin Inggeris ke luar dari Kesatuan Eropah dan 48,1% tetap berada di blok tersebut.

Teks yang dianggap sebagai draf terpendek yang pernah di kemukakan kepada Parlimen Inggeris, terdiri daripada 2 pasal dan hanya mengandung penyerahan kuasa.

Setiausaha Brexit David Davis, mengatakan bahawa rang undang-undang tidak berkaitan dengan berpisah atau tidaknya Inggeris dari EU, ''Hanya saja Parlimen menjangkakan keputusan yang telah diberikan oleh orang ramai untuk diberi kuasa agar bisa terlaksana.'' katanya.



Berita Terkait