Bencana Runtuhan Salji di Italia

Pekerjaan pencaharian yang mengambil masa seminggu untuk mencari orang-orang yang hilang di Hotel Rigopiano yang tertimbun runtuhan-runtuhan salji dalam bencana salju di Italia, telah berahir.

Bencana Runtuhan Salji di Italia

Menurut perangkaan rasmi, runtuhan salju yang jatuh diatas hotel tersebut telah menyebabkan 29 orang kehilangan nyawa mereka. 

Selepas 40 jam berhubung kejadian itu yang berlaku pada 18 Januari, pada hari Sabtu dan Ahad telah berjaya menyelamatkan 11 orang yang terjebak dibawah reruntuhan salji.

Ketika kejadian itu berlaku dilaporkan bahawa didalam hotel terdapat 4 kanak-kanak, 28 tetamu dan 12 pekerja hotel.

Cristina Tedeschi, Hakim daripada Republik Pescara yang menjalankan penyiasatan daripada bencana tersebut, mengumumkan, punca kematian bedah siasat pertama yang dilakukan untuk 6 orang, terdapat patah teruk dibeberapa bahagian tubuh, hipotermi serta sesak nafas.

Manakala penyiasatan hakim berkaitan bencana sedang berjalan, ia menyampaikan kritikan yang serius mengenai keterlambatan pasukan kecemasan untuk datang ketempat kejadian setelah bencana terjadi.

Hotel Rigopiano yang terletak didalam Taman Negara Gran Sasso 180 kilometer ke Timur ibunegara Roma, telah tertimbun salji akibat daripada 4 gempa bumi berkekuatan 5 magnitud, yang berlaku pada 18 Januari lalu.



Berita Terkait