Wabak Kolera di Yaman

Yaman, setelah perang saudara yang mengancam negara ini sejak 2 tahun hingga sekarang, sekarang  dalam ancaman wabak kolera.

644181
Wabak Kolera di Yaman

Negara yang berada dalam kesulitan mengenai kesihatan, telah membuat 20 juta 800 ribu orang terpaksa melawan kolera.

Setiausaha Kementerian Kesihatan  Ali al-Velidi, yang membuat satu pernyataan kepada Anadolu Agency (AA), mengatakan, 

"Kemerosotan keadaan politik dan ketenteraan  telah membawa kepada penyebaran kolera dinegara ini" katanya.

Velidi yang menyatakan bahawa mereka yang disyaki wabak yang diambil dibawah pemerhatian hingga ahir bulan November meningkat kepada 7 ribu 730 orang, sedangkan 122 orang telah dikesan pasti kolera, beliau berkata, Kementerian, dalam usaha mengawal wabak ini, sejak 2 bulan hingga sekarang telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabungan Kanak-Kanak PBB (UNICEF ). 

Dalam laporan yang dikeluarkan WHO bulan lalu, wabak kolera di Yaman,  telah merebak ke15 wilayah dan setakat ini mendapati 10 ribu 184 orang telah disyaki atas wabak ini. Organisasi mengumumkan bahawa 156 orang telah dikesan mengidap kolera, sedangkan 92 orang telah kehilangan nyawa mereka akibat daripada penyakit ini. 

Akibat daripada konflik antara tentera kerajaan dengan Houthi dan penyokong pemimpin yang digulingkan Ali Abdullah Salih yang merampas ibunegara Sana dan beberapa wilayah dengan rampasan kuasa oleh pemerintahan yang sah pada September 2014, menurut data dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyebabkan 10 ribu orang kehilangan nyawa mereka. 



Berita Terkait