Pertubuhan Pengganas PYD Menyerbu Sekolah di Syria

Pertubuhan pengganas PYD / PKK, telah membuat kanak-kanak di daerah Qamishli wilayah Hasaka Syria tanpa sekolah.

614649
Pertubuhan Pengganas PYD Menyerbu Sekolah di Syria

Para pengganas tersebut telah menyerbu sekolah menengah Manahil Elbir yang sebelumnya telah lama membuat ancaman kepada pengurus dan pemilik sekolah  tersebut.

Pelajar-pelajar di sekolah yang memberikan pelajaran kapada 2000 pelajar pada siang dan malam hari itu, telah dikeluarkan dari gedung sekolah oleh para anggota pengganas.

Anggota organisasi pengganas yang mengatakan para pelajar tidak dapat datang kesekolah, mengunci pintu bangunan tersebut.

Pertubuhan pengganas PYD lanjutan daripada organisasi pengganas PKK di Syria, pada 9 Oktober telah menyerbu Special Hope and Peace School yang berada di Qamishli, pada 10 Oktober menyerbu Special Euphrates College, sedangkan pada 24 Oktober Sekolah Swasta Armenia di bandar Deyrik. 



Berita Terkait