Keganasan di Irak

Dari keganasan yang berlaku dibeberapa bahagian wilayah di ibunegara Iraq, Baghdad telah menyebabkan 7 orang tewas, dan 31 orang cedera.

607839
Keganasan di Irak

Sebuah bom yang diletupkan semasa kenderaan peronda tentera melewati jalan di Et-Taci, telah menyebabkan seorang tentera tewas, sedangkan 4 tentera cedera.

Sedangkan letupan yang berlaku berhampiran dengan sebuah kedai kopi di daerah El-Gazaliyye, telah menyebabkan 2 orang tewas, sedangkan 8 orang cedera.

Sebuah kenderaan bermuatan bom yang diletupkan di daerah El-Medain, telah menyebabkan 1 orang tewas dan 2 orang cedera.

Serangan bom yang berlaku di wilayah Ebu Duşeyr dengan El-Beyya telah membunuh 2 orang sedangkan 17 orang mengalami cedera.

Seseorang bersenjata yang tidak diketahui identitinya, yang melakukan serangan dengan mensasarkan sebuah kenderaan di wilayah El-Hurriye telah menyebabkan 1 orang tewas di tempat.

Baghdad yang mengalami kelemahan dalam keselamatan, sering menjadi tempat keganasan dan pengeboman. Pegawai-pegawai Iraq menyatakan bahawa kumpulan yang melakukan serangan-serangan tersebut ada hubungannya dengan pertubuhan pengganas ISIS.



Berita Terkait