Majlis Keselamatan PBB akan Menerapkan Sekatan Baru Bagi Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menyatakan akan mengenakan sekatan-sekatan baru bagi Korea Utara berikutan pelancaran peluru berpandu balistik jarak menengah Musudan akhir pekan lalu.

Majlis Keselamatan PBB akan Menerapkan Sekatan Baru Bagi Korea Utara

Peluru berpandu jenis ini dikhuatiri boleh berpasangan dengan kepala peledak nuklear.

Dalam satu kenyataan kepada media,dinyatakan bahawa Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu balistik gagal pada 14 Oktober.

Dalam sebuah pernyataan yang juga disokong oleh sekutu terdekat Korea Utara, China, Majlis Keselamatan PBB menyatakan pelancaran peluru berpandu balistik itu sebagai bentuk pelanggaran berat yang dilakukan Korea Utara.

Dalam kenyataan tersebut,juga diingatkan Korea Utara telah melakukan ujian peluru berpandu pada 15,23,27 dan 28 April,31 Mei,21 Jun,9 dan 18 Julai,2 dan 23 Ogos dan 5 September. Sedangkan pada 9 September mereka lakukan uji cuba nuklear.

Anggota Majlis Keselamatan PBB bersetuju untuk memantau situasi dan melaksanakan langkah yang lebih signifikan untuk menekan Korea Utara secara ketat.

PBB telah menerapkan lima hukuman kepada Korea Utara semenjak rejim Pyongyang melakukan uji cuba peranti nuklear pertama kali pada 2006 lalu.



Berita Terkait