Pengganas di Jerman telah ditangkap

Warga Syria Jaber Albakr, yang dicari selama 2 hari kerana disyaki akan melakukan serangan bom, telah ditangkap.

586519
Pengganas di Jerman telah ditangkap

Dalam satu kenyataan pada laman sosial Twitter polis Saksonya, Jaber Albakr (22) dinyatakan telah ditangkap di bandar Leipzig.

Dalam berita akhbar Jerman, Albakr yang sebagai pelarian di Jerman, didakwa telah ditangkap di rumah tempat tinggal warga Syria yang lain tadi malam.

Diketahui bahawa Albakr yang bertemu dengan seorang warga Syria yang lain di stesen kereta api Leipzig dinyatakan bahawa meminta untuk tinggal satu malam di rumah orang tersebut.

Sedangkan warga Syria yang membawa Albakr kerumahnya, kemudian segera melaporkan kepada polis, dan dilaporkan bahawa Albarkr ditemuka telah diikat dirumah warga Syria tersebut.

Polis Jerman yang melakukan operasi pada hari Sabtu kemarin, telah menemukan bahan letupan di tempat kediaman Albakr di bandar Chemnitz.

Jaber Albakr yang tidak tertangkap dan dinyatakan boleh dikaitkan dengan pengganas ISIS pada operasi itu, telah diburu selama 2 hari.

Kerana peristiwa ini, telah ditingkatkan langkah-langkah keamanan di lapangan terbang Tegel dan Schonefeld di ibunegara Jerman, Berlin.



Berita Terkait