Diplomasi Antara AS dengan Rusia

Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang menghentikan perbincangan dua hala mengenai Syria,namun perbincangan diplomasi tingkat tinggi masih berterusan...

Diplomasi Antara AS dengan Rusia

Jurucakap Kementrian Luar Negeri AS Mark Toner mengumumkan bahawa Menteri Luar Negeri AS John Kerry dan Menteri Luar Negeri Rusia Sergey Lavrov,terus melakukan perbincangan melalui telefon mengenai pencarian penyelesaian di Syria.

Jurucakap berkata;

''Jika kita membayangkan semua yang berlaku di Aleppo dan jika kita tidak kerap melakukan mesyuarat dengan Lavrov,akan menjadikan kita sebagai negara yang tidak bertanggungjawab,'' katanya.

Toner menyatakan bahawa dalam masa 24 jam,Kerry juga bertemu dengan rakan sejawatannya dari Great Britain, Jerman, Turki, United Arab Emirates dan Qatar.

Kementrian Luar Negeri Amerika telah mengumumkan bahawa Rusia tidak memenuhi komitmennya dalam perjanjian di Syria dan menghentikan hubungan dua hala dengan menunjukkan perjanjian untuk menghentikan pertikaian yang telah sampai ke titik akhir.

Sementara itu Moscow mengumumkan bahawa telah mengangguhkan perjanjian pembangunan dalam bidang  penyelidikan saintifik,nuklear dan energi yang telah ditandatangani pada tahun 2013.

Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini,telah menandatangani perjanjian pelupusan plutonium dengan AS yang pernah ditangguhkan.



Berita Terkait