Kelompok Pengganas ISIS Terus Kehilangan Wilayah di Iraq dan Syria

Juru cakap Pentagon,Peter Cook,menyatakan bahawa kelompok pengganas ISIS telah kehilangan hampir separuh wilayah di Iraq yang pernah dikuasainya.

492321
Kelompok Pengganas ISIS Terus Kehilangan Wilayah di Iraq dan Syria

Departemen Pertahanan Amerika Syarikat sebelumnya menjangkakan bahawa ISIS kehilangan sekitar 40 peratus dari wilayah yang mereka klaim di Ira1 dan sekitar 10 peratus di Syria.

Cook mengatakan bahawa saat ini sekitar 45 peratus dari wilayah yang mereka kuasai telah berhasil diambil alih. Di sisi lain,wilayah yang dikuasai ISIS di Syria yang hilang mencapai 16 hingga 20 peratus.

Pengganas ISIS menyerbu banyak wilayah di Iraq dan Syria sejak awal tahun 2014.

Masa itu ISIS mendapatkan perlawanan sangat sedikit dari pasukan keamanan Iraq.

Sejak Amerika Syarikat mengetuai koalisi antarbangsa melawan ISIS pada Agos 2014, mengendalikan kombinasi serangan udara dan latihan serta membekal rakan kongsi tempatan.

Pengganas ISIS telah kehilangan kendalinya di bandar Ramadi dan Heet,namun masih berterusan mengontrol sejumlah bandar penting lainnya termasuk Mosul dan Fallujah Iraq.

Kelompok ISIS di Syria masih mengontrol wilayah Raqqa yang mereka akui sebagai ibu negara Empayar.



Berita Terkait