Kejahatan Terhadap Muslim di Perancis

Di Perancis kejahatan terhadap Muslim naik tiga kali ganda...

Kejahatan Terhadap Muslim di Perancis

Data pemerintah menunjukkan bahawa pada tahun 2015 laporan jumlah tindak kejahatan terhadap Muslim naik tiga kali ganda di Perancis.

Dilaporkan bahawa insiden kebencian terhadap Islam meningkat secara tiba-tiba menjadi 429 berbanding dengan angka tahun sebelumnya yaitu 133 kejadian.

Selepas serangan Charlie Hebdo pada Januari 2015 dan satu siri serangan Paris yang berlaku pada November lalu yang telah menewaskan 130 orang,pelanggaran semakin meningkat.

Dilaporkan pula,serangan terhadap masyarakat Yahudi Perancis walaupun jumlahnya tetap tinggi tetapi serangan mengalami penurunan sedikit yaitu sekitar 800 kejadian.

Pegiat hak asasi manusia mengatakan kes perkauman di Perancis dan skala serangan sebenarnya kemungkinan lebih besar berbanding dengan jumlah yang dilaporkan.

Warga Yahudi di Perancis dijangkakan berjumlah 500,000 hingga 600,000 orang, yang terbesar di Eropah dan salah satu yang terbesar di dunia.



Berita Terkait