Ancaman wabak MERS di Timur Tengah

14 kes baru MERS dilaporkan berjangkit di Arab Saudi.

370606
Ancaman wabak MERS di Timur Tengah

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa kes jangkitan wabak MERS dalam tempoh satu bulan lepas telah meningkat kepada 71 kes.

19 di antara kes jangkitan tersebut berada dalam keadaan kritikal.

Virus Mers di Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah yang lain mengancam fungsi paru-paru dan buah pinggang.

Penyakit ini dipercayai berjangkit dari unta kepada manusia.

Wabak itu berlaku di lebih daripada 20 buah negara tetapi memberi kesan yang paling buruk di Arab Saudi. 

Kira-kira 1,000 orang dijangkiti virus itu di negara itu dalam tempoh tiga tahun yang lepas; lebih daripada 400 pesakit meninggal dunia.


Tags:

Berita Terkait