Orang Ramai di Bangkok Bantah Cara Kerajaan Tangani Covid-19

Bilik hospital habis dan hanya kurang daripada 5 peratus populasi Thailand yang diberi vaksin.

1677144
Orang Ramai di Bangkok Bantah Cara Kerajaan Tangani Covid-19

 

Di Bangkok, ibu kota Thailand, polis campur tangan menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata di hadapan orang ramai yang membantah cara kerajaan menangani wabak jenis baru coronavirus  (Covid-19).

Menurut berita South China Morning Post, peningkatan jumlah kes Covid-19 yang berterusan walaupun tindakan separa dilaksanakan di Bangkok dan 9 provinsi lain, kelambatan kempen vaksinasi dan pengembangan sekatan yang lebih lanjut menyebabkan kemarahan orang ramai.

Memberi reaksi kepada cara Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha dan kerajaan menangani wabak itu, lebih daripada seribu penunjuk perasaan berkumpul di sekitar Monumen Demokrasi di ibu kota, dengan karung berwarna putih yang melambangkan orang Thai yang meninggal akibat wabak itu.

Polis campur tangan ke atas demonstran dengan peluru getah, meriam air dan gas pemedih mata ketika orang ramai berusaha memotong kawat berduri dan bergerak ke arah bangunan kerajaan.

Dilaporkan bahawa dalam memerangi virus itu, bilik hospital habis dan hanya kurang daripada 5 peratus populasi Thailand yang diberi vaksin.

Di negara di mana lebih daripada 403 ribu kes dilihat setakat ini, 3 ribu 341 orang telah meninggal dunia akibat virus tersebut.



Berita Terkait