Thailand dan Vietnam akan Pindahkan Warganegaranya dari Myanmar

Ekoran meningkatnya keganasan di Myanmar, Thailand dan Vietnam memutuskan untuk memindahkan warganegara mereka dari negara ini.

1596024
Thailand dan Vietnam akan Pindahkan Warganegaranya dari Myanmar

 

Ekoran meningkatnya keganasan di Myanmar, Thailand dan Vietnam memutuskan untuk memindahkan warganegara mereka dari negara ini.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Kedutaan Besar Thailand di bandar Yangon, Myanmar, dinyatakan bahawa warga yang terperangkap di negara itu akan dipindahkan.

Kedutaan menyatakan bahawa pemindahan akan berlaku pada 12 dan 16 Mac.

Sedangkan Vietnam yang bimbang akan keselamatan warganya, mengumumkan akan membawa 390 warganegaranya yang berada di Myanmar ke negara mereka pada 11 Mac.

Dinyatakan bahawa langkah-langkah Thailand dan Vietnam itu, diambil ekoran pasukan keselamatan campur tangan terhadap penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa di Myanmar pada 3 Mac, yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 38 orang.



Berita Terkait