Presiden Indonesia Mengarahkan untuk Peningkatan Langkah Berjaga-jaga Terhadap Coronavirus

Presiden Widodo berkata bahawa beliau telah mengarahkan Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto untuk mengawasi dengan ketat kemungkinan penyebaran virus

1347075
Presiden Indonesia Mengarahkan untuk Peningkatan Langkah Berjaga-jaga Terhadap Coronavirus

 

Presiden Indonesia Joko Widodo meminta agar langkah-langkah terhadap wabak coronavirus jenis baru yang tersebar dari Wuhan, China, ditingkatkan.

Dalam satu kenyataan, Presiden Joko Widodo berkata bahawa orang ramai perlu berjaga-jaga terhadap risiko kemungkinan penyebaran coronavirus, walaupun setakat ini belum ada kes dijumpai di negara ini.

Presiden Widodo berkata bahawa beliau telah mengarahkan Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto untuk mengawasi dengan ketat kemungkinan penyebaran virus itu dan meningkatkan langkah-langkah yang diperlukan untuk jangka panjang.

Sementara itu, pihak berkuasa melaporkan bahawa orang China yang bekerja di ibukota Jakarta dan yang telah dimasukkan ke hospital semalam kerana disyaki coronavirus selepas pulang dari China, tidak dikesan.

Menteri Kesihatan Putranto mengumumkan bahawa langkah-langkah telah diambil terhadap wabak coronavirus dengan pengimbas terma di 135 pintu masuk, terutamanya lapangan-lapangan terbang dan pelabuhan-pelabuhan di negara ini.

 



Berita Terkait