Operasi Peace Spring

Matlamat ketenangan
sasaran pengganas

PM Malaysia Mahathir: ''Perkara Terbaik ialah Pemimpin Eksekutif Hong Kong Letak Jawatan''

Mahathir, yang bercakap pada Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA 2019 yang diadakan di ibu negara Kuala Lumpur, Dia membuat kenyataan mengenai protes anti-kerajaan yang sedang berjalan di Hong Kong.

PM Malaysia Mahathir: ''Perkara Terbaik ialah Pemimpin Eksekutif Hong Kong Letak Jawatan''

 

Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad, berkata bahawa pemimpin eksekutif Hong Kong, Carrie Lam perlu meletakkan jawatan berikutan demonstrasi anti-kerajaan yang berlarutan.

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir, yang bercakap pada Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA 2019 yang diadakan di ibu negara Kuala Lumpur, Dia membuat kenyataan mengenai protes anti-kerajaan yang sedang berjalan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.

Mahathir menyatakan bahawa hakikatnya Pemimpin Eksekutif Hong Kong Carrie Lam dalam dilema, beliau perlu mematuhi tuannya dan pada masa yang sama perlu bertanya suara hatinya sendiri.

“Gerak hatinya berkata bahawa masyarakat Hong Kong betul apabila menolak undang-undang, namun sebaliknya, beliau tahu akibatnya jika menolak undang-undang berkenaan.’’ Katanya.

“Tetapi saya berpendapat, perkara terbaik ialah letak jawatan,” Kata Mahathir menegaskan bahawa reaksi China terhadap penunjuk perasaan akan menjadi keras.

Rang undang-undang untuk memudahkan ekstradisi suspek di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong ke China untuk perbicaraan dibentangkan kepada parlimen tempatan pada bulan April, bagaimanapun, berikutan protes, Pemimpin Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan pada bulan Julai bahawa rang undang-undang telah "mati".

Walaupun adanya kenyataan bahawa ''Rang undang-undang telah mati'', namun demonstrasi masih berterusan, kemudian Pemimpin Eksekutif Carrie Lam pada 4 September menyatakan bahawa rang undang-undang itu akan ditarik balik, "Kerajaan secara rasmi akan menarik balik rang undang-undang untuk menenangkan kebimbangan orang ramai," Katanya.

Penunjuk perasaan menghendaki penarikan balik rang undang-undang itu, serta penubuhan sebuah komisi bebas untuk menyiasat keganasan polis terhadap aktivis, pengampunan untuk penunjuk perasaan yang ditahan, mengakhiri apa yang disebut "pemberontakan" protes dan memulakan semula reformasi politik.

Aksi protes sesekali menjadi arena pertembungan antara penunjuk perasaan dengan polis atau antara peserta demonstrasi yang menentang.

 



Berita Terkait