Operasi Peace Spring

Matlamat ketenangan
sasaran pengganas

Mangsa Terbunuh akibat Gempa Ambon Capai 36

Sementara itu, akibat gempa bumi, kecemasan diisytiharkan di rantau itu sehingga 9 Oktober.

Mangsa Terbunuh akibat Gempa Ambon Capai 36

 

Bilangan kematian akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud, yang pada 26 September melanda Ambon di Provinsi Maluku, Indonesia, mencapai 36.

Menurut akhbar Tempo, Presiden Badan Pengurusan Bencana Maluku, Farida Salampessy, mengumumkan bahawa mengikut data yang dikongsi sebagai hasil siasatan di kawasan yang dilanda gempa bumi, bilangan mereka yang kehilangan nyawa bertambah dari 30 menjadi 36.

Salampessy berkata di Ambon 11 orang terbunuh, di wilayah Maluku Tengah 15 orang terbunuh dan di wilayah Seram 10 orang terbunuh.

Pegawai Badan Pengurusan Bencana Nasional menyampaikan bahawa di kawasan gempa bumi, di mana lebih daripada 6 ribu bangunan rosak, pelbagai bantuan-bantuan untuk mangsa bencana, seperti tempat perlindungan dan makanan masih terus dibagikan.

Sementara itu, akibat gempa bumi, kecemasan diisytiharkan di rantau itu sehingga 9 Oktober.

Di wilayah Ternate, di provinsi Maluku, 6 orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 7.3 magnitud yang berlaku pada 14 Julai.

 

 

 



Berita Terkait