Gempa Bumi di Indonesia dan Armenia

Badan Meteorologi Iklim dan Geofisika (BMKG) mengumumkan bahawa pusat gempa itu yang terletak 14 kilometer di tenggara rantau Melonguane di Kepulauan Talaud, utara wilayah itu, direkodkan pada kedalaman 10 kilometer .

Gempa Bumi di Indonesia dan Armenia

Telah berlaku gempa bumi berkekuatan 5.7 magnitud di Sulawesi Utara, Indonesia.

Badan Meteorologi Iklim dan Geofisika (BMKG) mengumumkan bahawa pusat gempa itu yang terletak 14 kilometer di tenggara rantau Melonguane di Kepulauan Talaud, utara wilayah itu, direkodkan pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut penemuan awal, tiada mangsa terbunuh atau cedera dalam gempa bumi tersebut.

Penggera tsunami tidak diberikan selepas gempa bumi itu.

Sebaliknya, gempa bumi 4.7 magnitud berlaku di bandar Tashir berhampiran sempadan Georgia di utara Armenia.

Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengumumkan bahawabahawa pusat gempa bumi 4.7 magnitud, berlaku 11 kilometer barat bandar Taşir.

Dikatakan bahawa gempa itu berlaku dikedalaman 7.6 kilometer.

Gempa bumi itu turut dirasai di wilayah sempadan di Turki.



Berita Terkait