Bangsamoro Jemput Pelabur Turki

Pihak-pihak berkuasa kerajaan berkata mereka meminta sokongan dari Turki untuk menubuhkan koperasi, dan menggesa pelabur Turki untuk datang ke rantau ini.

Bangsamoro Jemput Pelabur Turki

 

Menteri Pertanian Kerajaan Wilayah Otonom Bangsamoro, Muhammad Shuayb Yacop, telah menjemput pelabur Turki ke rantau ini untuk pembangunan pertanian di rantau ini.

Kerajaan Wilayah Otonom Bangsamoro, yang ditubuhkan selepas perjuangan untuk merdeka yang mengambil masa lebih daripada setengah abad di tanah air Muslim Moro, Bangsamoro, telah mulai bekerja untuk membangunkan pertanian, yang merupakan salah satu sumber ekonomi terbesar di rantau ini.

Pihak-pihak berkuasa kerajaan berkata mereka meminta sokongan dari Turki untuk menubuhkan koperasi, dan menggesa pelabur Turki untuk datang ke rantau ini.

Menteri Pertanian Bangsamoro, Mohammad Shuayb Yacop, berkata bahawa kesuburan tanah di rantau ini sangat tinggi, selain buah-buahan tropika, banyak produk yang dapat tumbuh di rantau ini seperti mangga, kelapa, pisang, serta cocoa.

Terdapat banyak produk yang boleh dieksport, tetapi mereka menghantarnya ke Filipina kerana mereka tidak boleh memproses produk ini, keadaan ini mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi rantau ini, kata Yacop, mereka memerlukan jentera industri untuk memproses bahan mentah pada produk makanan.

Yacop meminta sokongan daripada syarikat-syarikat Turki untuk pembangunan pertanian dan berkata bahawa mereka telah berbincang dengan sebuah syarikat di Manila, ibukota Filipina, yang berpusat di Istanbul.

Yacop menegaskan bahawa mereka mahu mengeksport produk pertanian kepada negara-negara di dunia, terutamanya Filipina, mereka telah menyediakan pelan tindakan selama 10 tahun dan mereka akan memperkuatkan dasar pembangunan mereka dengan kerajaan.

Yacop menyampaikan bahawa petani di rantau itu telah menjadi mangsa sebelum otonomi dan dalam tempoh dua tahun, mereka akan meyakinkan semula kerajaan baru dan mereka akan sentiasa menyokong para petani.

Yacop mengucapkan terima kasih kepada Turki atas bantuan dan sokongan-sokongannya kepada umat Muslim Moro, dia menambah bahawa umat Muslim Moro juga sangat mencintai Turki dan orang-orang Turki.

 



Berita Terkait