Malaysia Bertindak Balas ke Israel atas Dibukanya Terowong ke Tembok Buraq

Pada majlis makan malam kementrian, Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah, membuat kenyataan mengenai pembukaan terowong yang dibina oleh Israel di Yerusalem Timur.

Malaysia Bertindak Balas ke Israel atas Dibukanya Terowong ke Tembok Buraq

 

Malaysia bertindak balas ke Israel yang membuka terowong ke Tembok Buraq di kawasan kejiranan Silvan di selatan Masjid al-Aqsa, di Yerusalem Timur.

Pada majlis makan malam kementrian, Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah, membuat kenyataan mengenai pembukaan terowong yang dibina oleh Israel di Yerusalem Timur.

"Tindakan ini sepatutnya dilakukan dengan berunding dengan rakyat Palestin," kata Menteri Saifuddin, yang mengatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah menerima keputusan Israel yang diabil secara sepihak.

"Kami tidak menghalalkan apa yang Israel lakukan, dengan meneruskan komited kami mengenai perkara ini, kami akan berpihak kepada rakyat Palestin," kata Saifuddin.

Saifuddin menegaskan bahawa Israel telah melakukan-melakukan tindakan yang merosakkan proses perdamaian di rantau ini.

Pihak berkuasa Israel pada hari Isnin membuka terowong dari The Pool of Siloam (Breikhat HaShiloah) yang tembus ke Tembok Buraq.

Wakil Khas Amerika Syarikat (AS) untuk Timur Tengah, Jason Greenblatt, Duta Besar AS untuk Israel David Friedman dan beberapa ahli parlimen dan menteri Israel menghadiri upacara pembukaan yang dianjurkan di bawah langkah-langkah keselamatan yang ketat.

Terowong berkenaan adalah sebahagian daripada projek "Shalem" kerajaan Israel, yang menjangkakan projek-projek pelancongan dan penggalian arkeologi sepanjang Silvan Quarter, yang digambarkan oleh Yahudi sebagai "Kota Daud", terutamanya di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Sementara rakyat Palestin tetap komited kepada tuntutan mereka bahawa "Yerusalem Timur adalah ibukota negara Palestin yang akan diwujudkan", Israel berusaha untuk mengubah identiti Arab Muslim Yerusalem Timur dalam rangka dasar Pengyahudian.

 

 



Berita Terkait