Myanmar Hantar Delegasi Peringkat Tinggi ke Bangladesh

Menurut PBB, jumlah mereka yang melarikan diri dari penindasan dan penganiayaan di Arakan dan berlindung di Bangladesh mencapai 745 ribu.

Myanmar Hantar Delegasi Peringkat Tinggi ke Bangladesh

 

Myanmar melaporkan bahawa ia akan menghantar sebuah delegasi peringkat tinggi ke kem-kem di mana beratus-ratus ribu pelarian Arakan berlindung di Bangladesh, bagi menjelaskan proses pulangan.

Wakil Tetap Myanmar untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hau Do Suan, memberitahu masyarakat antarabangsa di Perhimpunan Agung PBB tentang proses kembalinya pelarian Arakan yang terpaksa harus berlindung di Bangladesh.

Hau berkata mereka bersedia untuk menerima semula para pelarian yang disahkan berasal dari wilayah Arakan, Beliau menyatakan bahawa setakat ini 30 ribu 464 orang telah mengajukan permohonan untuk pulang, 13 ribu 235 daripadanya telah dikenal pasti berasal dari Arakan dan boleh kembali ke Arakan apabila mereka mahu.

"Myanmar akan menghantar delegasi peringkat tinggi ke Cox's Bazar untuk menerangkan pengaturan bagi orang-orang pelarian untuk kembali," kata Hau.

Sedangkan Wakil Khas PBB Myanmar, Christine Schraner Burgener, menegaskan bahawa penyelesaian krisis Arakan dan proses kembalinya pelarian berjalan perlahan, dia memberi amaran bahawa loceng bahaya akan berdering jika tidak ada tindakan diambil secepat mungkin.

Burgener menyinggung tentang kesukaran di lapangan dan merujuk kepada fakta bahawa di Myanmar tentera terus berpengaruh dalam politik, kakacauan besar di negara ini menjadikan sukar untuk menyelesaikan krisis Arakan.

Di Arakan, terdapat pertembungan antara umat Buddha dan umat Islam pada tahun 2012, ribuan umat Islam dibantai, beratus-ratus rumah dan tempat-tempat kerja dibakar.

Tentera Myanmar dan nasionalis Buddha melancarkan tindakan keganasan besar-besaran dengan alasan serangan-serangan serentak yang dianjurkan ke balai polis sempadan di Arakan pada 25 Ogos 2017.

Menurut PBB, selepas tarikh itu, jumlah mereka yang melarikan diri dari penindasan dan penganiayaan di Arakan dan berlindung di Bangladesh mencapai 745 ribu.

PBB dan organisasi-organisasi hak asasi manusia antarabangsa menyebut keganasan terhadap umat Islam Arakan sebagai "pembersihan etnik" atau "pembunuhan beramai-ramai."

 

 



Berita Terkait