Malaysia Pulangkan Semula Sampah-Sampah Plastik

Proses pengembalian semula kira-kira 60 kontena sampah plastik seberat 3.000 metrik tan masih berterusan.

Malaysia Pulangkan Semula Sampah-Sampah Plastik

 

Malaysia terus mengembalikan sampah plastik yang didapati telah diseludup ke negara secara haram.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Penang, Phee Boon Poh, mengumumkan bahawa mereka akan memulangkan sebanyak 7,400 tan 265 kontena sampah plastik dari pelbagai negara yang diimport oleh kilang-kilang kitar semula haram di seluruh provinsi itu.

Phee menyatakan bahawa sampah-sampah plastik kebanyakannya dibawa dari negara-negara seperti Belgium, Perancis, Jerman dan Kanada.

"Kami akan bercakap dengan syarikat-syarikat yang berkaitan di negara-negara berkenaan dan selepas menetapkan tarikh, kemudian sampah-sampah itu akan dikembalikan." katanya.

Phee menekankan bahawa mereka juga telah mengenakan denda kepada kilang-kilang kitar semula yang mengimport sampah-sampah berkenaan senilai 1,000 ringgit Malaysia untuk setiap kontena.

Sisa plastik yang dirampas pada awal tahun ini telah disimpan di pelabuhan milik negara selama kira-kira 6 bulan.

Menteri Tenaga, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Yee Bin, mengawasi sampah-sampah dari 8 negara berbeza yang dibawa secara haram ke Malaysia untuk dikirim kembali.

Menteri Yeo menyatakan bahawa proses pengembalian semula kira-kira 60 kontena sampah plastik seberat 3.000 metrik tan masih berterusan.

Malaysia yang merupakan salah satu negara di dunia yang paling banyak mengimport sampah plastik, berusaha untuk menghentikan masuknya sampah plastik secara haram ke negara ini dan menghentikan kilang-kilang kitar semula haram dengan memusnahkan sampah-sampah ini dengan cara membakarnya.

Dalam konteks ini, pada 29 April, kerajaan menghantar semula 5 kontena sampah yang diseludup dari Sepanyol.

 

 



Berita Terkait