Di Selatan Filipina 9 Pengganas Abu Sayyaf Dineutralkan

Abu Sayyaf, yang telah beroperasi di pulau-pulau di antara Malaysia dan Filipina sejak tahun 1991, dikenali kerana keganasan dan penyanderaannya.

Di Selatan Filipina 9 Pengganas Abu Sayyaf Dineutralkan

 

Di selatan Filipina, tentera telah meneutralkan 9 pengganas ahli organisasi pengganas Abu Sayyaf, yang mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas Daesh.

Dalam berita yang dimuat pada media di negara itu berdasarkan sumber-sumber tentera, dalam pertempuran yang berlaku antara para pengganas ahli Abu Sayyaf dengan para tentera di dua wilayah di Sulu, 9 pengganas telah terbunuh.

Dilaporkan bahawa dalam pertempuran itu 19 pengganas juga ditangkap dalam keadaan cedera.

Di wilayah itu, pertempuran antara para pengganas Abu Sayyaf dengan pasukan tentera pada 5 April, telah menewaskan 3 tentera dan 4 pengganas.

Abu Sayyaf, yang telah beroperasi di pulau-pulau di antara Malaysia dan Filipina sejak tahun 1991, dikenali kerana keganasan dan penyanderaannya.

Organisasi ini telah menggunakan kekerasan di selatan Filipina untuk mewujudkan sebuah negara merdeka di Mindanao dan Sulu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait