David Beasley: ''WFP Memerlukan 75 Juta Dolar untuk Keperluan Makanan Umat Islam Arakan''

David Beasley, Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, keganasan yang dialami umat Islam Arakan harus dihentikan.

818590
David Beasley: ''WFP Memerlukan 75 Juta Dolar untuk Keperluan Makanan Umat Islam Arakan''

David Beasley melawat kemah-kemah Muslim Arakan yang melarikan diri dari  serangan tentera dan fanatik Buddha di Myanmar.

Beasley memberitahu pemberita selepas melawat khemah Kutupalong di Cox's Bazar,

"Saya telah mendengar cerita yang menyedihkan ketika saya bercakap dengan orang yang telah melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka dan mereka telah menyaksikan saudara mara dibunuh di depan mata mereka. Keganasan ini mesti dihentikan." katanya.

Bezley menegaskan bahawa WFP memerlukan 75 juta dolar dalam tempoh 5-6 bulan untuk memenuhi keperluan makanan umat Islam Arakan,

"Bangladesh tidak boleh memenuhi semua ini sendiri, ia memerlukan sokongan antarabangsa." .

Beasley menyatakan bahawa bencana kemanusiaan sedang berlaku,

"Jika kita tidak mendapat sokongan yang diperlukan dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, makanan bergizi, air bersih, kebersihan, dan perumahan, keadaan malapetaka manusia ini mungkin menjadi lebih buruk lagi." katanya.

Kira-kira 200 kampung dibakar atau musnah dalam serangan-serangan yang dilancarkan oleh tentera dan nasionalis Buddha. Beribu-ribu umat Islam Arakan masih berusaha untuk melarikan diri dari rantau ini kerana keselamatan mereka. Orang awam yang melarikan diri dari Myanmar pergi ke Bangladesh melewati kawasan pergunungan, Sungai Naf atau laut.

84 peratus dari hampir 2 juta umat Islam Arakan di Myanmar yang telah mengalami pembersihan etnik sejak tahun 1970-an telah diselamatkan oleh negara-negara jiran.



Berita Terkait