Beratus- Ratus Orang di Jakarta Mencari Makan Dari Sungai Yang Tercemar

Banyak orang yang mengalami masalah kewangan di ibunegara Indonesia Jakarta, untuk memenuhi kebutuhan kehidupan mereka, menangkap ikan dari sungai kotor yang disambungkan kepada paip pembetung.

Beratus- Ratus Orang di Jakarta Mencari Makan Dari Sungai Yang Tercemar

Beratus-ratus orang di Jakarta, didaerah Tanah Abang menangkap ikan disungai yang kotor dengan menggunakan alat yang bernama ''nanco'' untuk memenuhi kebutuhan kehidupan mereka.

Mereka yang tinggal di kawasan miskin dan pondok, sementara cuba untuk mengekalkan pendapatan mereka dengan mengumpul kertas atau plastik, memakan ikan yang mereka tangkap dari sekitar sungai.

Mereka yang menangkap ikan di sungai yang disambungkan ke paip pembetung di bandar dan yang telah tercampur dengan pembuangan, tidak mengambil kira masalah kebersihan kerana mereka berada dalam keadaan yang sukar dari segi kewangan.

Pak Rohim yang menangkap ikan setiap hari di sungai untuk menghidangkan satu hidangan yang percuma dirumahnya, mengatakan '' Meskipun kadang-kadang saya tidak mendapat ikan, tetapi saya tetap mencuba peluang saya. Kerana saya  mengalami kesesakan dari segi kewangan, saya tidak merasa lebih penting apakah ikan yang saya dapat dari sungai yang kotor atau mungkin menyebabkan bahaya kepada kesihatan. Saya juga hidup di dalam persekitaran yang tidak bersih''katanya.

Rohim yang mengumpulkan botol pelastik untuk kehidupanya, mengatakan apabila berhasil menangkap ikan, sekurang-kurangnya bisa memberikan satu hidangan dan wang itu bisa ia gunakan untuk keperluan yang lain. 

Sungai yang tercemar kerana peningkatan penduduk dan kekurangan insfraktur, semakin tercemar kerana mereka yang miskin yang membuat tempat perlindungan di kawasan sekitar membuang sampah mereka ke sungai.

Sementara sungai telah mengancam kesihatan untuk rakyat yang tinggal disekitarnya, tetapi kerana masalah ekonomi mereka tidak mengambil berat tentang ancaman ini.

Jakarta yang memiliki masalah air bersih kerana kekurangan infrastruktur, sisa kilang dan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh urbanisasi, terutama kerana iklim tropikal, tempoh hujan lebat yang berlangsung selama 4-5 bulan dan air yang melimpah daripada kumbahan, telah mewujudkan masalah kesihatan untuk masyarakat. 

Hanya 50 peratus daripada penduduk,  lebih daripada 10 juta penduduk bandar yang bisa merasakan manfaat daripada air utama. Bekalan air yang tidak bisa sampai kerumah mereka, dalam keperluan kemanusiaan diselesaikan dari air sungai sisa campuran kotororan.

Air paip di bandar, sebahagian besar ditemukan bakteri dan pencemaran logam berat 



Berita Terkait