Memerangi Abu Sayyaf di Filipina

Dalam pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan dan militan pertubuhan pengganas Abu Sayyaf di Filipina, 5 militan terbunuh.

Memerangi Abu Sayyaf di Filipina

Jeneral Carlito Galvez dari Command Barat Mindanao, menyatakan bahawa pertempuran yang berlaku antara Pasukan Petugas Bersama Sulu dengan kumpulan yang dipimpin oleh Alshabsy Misaya, dibawah kepemimpinan Abu Sayyaf menewaskan 5 militan dan mencederai 7 militan dan 2 tentera.

AS telah mengumumkan akan memberi hadiah satu juta dolar kepada sesiapa yang dapat menemukan Misaya yang bertanggungjawab atas penculikan warga AS pada tahun 2001, diketahui bahawa Misaya bekerjasama dengan salah satu pemimpin senior Abu Sayyaf, Radullan Sahiron.

Tentera Filipina, mendakwa Misaya bertanggungjawab atas pembunuhan salah seorang warga Malaysia yang disandera dan kemudian dibunuh selepas kegagalan rundingan untuk pembebasan dua warga Malaysia dan satu warga Korea Selatan.

Abu Sayyaf yang beroperasi di pulau-pulau antara Malaysia dengan Filipina sejak 1991, terkenal dengan keganasan dan penyanderaannya. 

Pertubuhan ini melakukan keganasan di selatan Filipina dengan tujuan untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka di Mindanao dan Sulu.



Berita Terkait