Kecelakaan Kapal Feri di Myanmar

Sebuah kapal feri tenggelam di sungai Chindwin Myanmar.

Kecelakaan Kapal Feri di Myanmar

Kecelakaan ini mengakibatkan 40 orang kehilangan nyawa.

154 orang yang berada di kapal feri berhasil diselamatkan.

Dilaporkan bahawa selepas kecelakaan,4 orang anak buah kapal ditahan.

Selepas tenggelamnya Kapal feri ''Aung Soe Moe Kyaw'' yang bermuatan lebih dari 300 orang yang kebanyakan adalah guru-guru,pelajar dan pegawai pemerintahan yang kembali dari acara festival keagamaan,5 jasad kembali dijumpai,dengan demikian bilangan korban tewas meningkat kepada 40 orang.

Carian 80 orang yang hilang terus dilakukan hingga hari ini oleh pasukan SAR, selain itu, kapal seberat 40 tan juga diangkat menggunakan kren.

Diumumkan bahawa kapal feri tenggelam semasa melakukan perjalanan dari desa Homalin di wilayah Sagaing menuju desa Monywa 130 km sebelah barat bandar Mandalay yang merupakan bandar terbesar kedua negara itu.



Berita Terkait