Di Antara Negara-Negara Eropah, Hanya Turki yang Membeli Minyak Dari Iran

Menteri Minyak Iran, Bijan Zengeneh, menyatakan bahawa selepas Amerika Syarikat (AS) menerapkan sekatan terhadap negaranya, diantara negara-negara Eropah hanya Turki yang membeli minyak dari Iran.

Menurut Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA), Zengeneh berkata,

"Tiada negara di Eropah kecuali Turki yang membeli minyak dari Iran. Greece dan Itali telah dikecualikan daripada sekatan Amerika Syarikat tetapi mereka tidak membeli minyak dari Iran. Apabila kita mahu membincangkan isu ini dengan mereka, mereka tidak memberikan kita jawapannya." Katanya.

Zengeneh berkata bahawa Iran telah mengeksport gas bernilai 200 juta dolar sebulan ke Iraq dan ia menambah bahawa "pada masa ini Iran akan memperoleh 2 bilion dolar dari eksport gas dan elektrik Iraq".

Berita Terkait