Turki Kutuk Serangan di Manbij

Turki mengutuk keras serangan bom yang dianjurkan semasa tentera-tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan rondaan di Manbij, yang diduduki organisasi pengganas separatis YPG/PKK.

Turki Kutuk Serangan di Manbij

 

Turki mengutuk keras serangan bom yang dianjurkan semasa tentera-tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan rondaan di Manbij, yang diduduki organisasi pengganas separatis YPG/PKK.

‘’Turki berduka atas serangan bom yang berlaku di pusat bandar Manbij yang telah membunuh beberapa tentera AS dan orang awam. Kami sangat mengutuk aksi pengganas yang kejam ini.’’ Kata kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementrian Luar Turki.

‘’Kami tegaskan semula keinginan kami untuk menerapkan Roadmap Manbij, yang telah kami sahkan bersama dengan AS dengan tujuan untuk membersihkan Manbij dari organisasi-organisasi pengganas dan memastikan kestabilan dan keselamatan di rantau ini.’’ Tambah kenyataan itu.

‘’Turki akan terus menjalankan aktiviti bersama dengan AS bagi melengkapkan proses pelaksanaan Roadmap Manbij secepat mungkin.’’ Tambahnya.

Kolonel Sean Ryan, jurucakap gabungan anti-Daesh yang diketuai oleh AS, telah mengumumkan bahawa tentera AS terbunuh dalam letupan di daerah Manbij di Syria, dan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

 

 

 

 

 


Tags: AS , syria , manbij , turki , daesh

Berita Terkait