Jurucakap Presiden Turki: ''Turki akan Kawal Zon Selamat di Syria''

Di Kompleks Kepresidenan, Jurucakap Ibrahim Kalın mengadakan sidang akhbar terkait agenda Mesyuarat Kabinet.

Jurucakap Presiden Turki: ''Turki akan Kawal Zon Selamat di Syria''

 

Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalın, berkata bahawa Turki akan mengawal zon selamat, yang akan dibentuk di sempadan Syria.

Di Kompleks Kepresidenan, Jurucakap Ibrahim Kalın mengadakan sidang akhbar terkait agenda Mesyuarat Kabinet.

Ibrahim Kalin mengatakan bahawa mereka telah membincangkan secara terperinci mengenai keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri dari Syria.

"Perjuangan memerangi keganasan dan memerangi organisasi-organisasi pengganas yang menyasarkan Turki akan berterusan." katanya.

Kalın berkata dengan menggunakan semua peluang politik dan diplomasi, kuasa lembut dan tegas Turki akan terus aktif baik di lapangan maupun di meja.

Kalın juga menyatakan bahawa Presiden Recep Tayyip Erdoğan akan melawat ibu negara Rusia, Moscow, pada 23 Januari.

"Ia akan ditujukan untuk menyelaraskan keadaan dengan Rusia, terutamanya selepas keputusan AS untuk mundur. Kami akan mempunyai peluang untuk membahas isu-isu Syria dan dua hala secara terperinci." Katanya.

"Minggu lepas delegasi AS memberi kita sebuah kertas 5-pasal, yang tanpa syarat rasmi, dan dengan tajuk utama yang mengesahkan keputusan AS untuk mundur. Tiada lagi isu-isu ancaman ekonomi (dengan AS). Hari ini telah ditetapkan sebuah sasaran baru dan kami akan meneruskan kerja-kerja kami dengan agenda positif ini. Bagi kami diantara pembelian S-400 dan peluru berpandu Patriot tiada hubungan sebab dan akibat, kolerasi, maupun hubungan bersyarat.’’ Tambahnya.

 

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait