Yayasan Keagamaan Turki Edarkan 316 Trak Bantuan Kemanusiaan ke Syria

Yayasan Keagamaan Turki (TDV), tahun lepas telah mengedarkan 316 trak bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang menjadi mangsa perang saudara di Syria.

Yayasan Keagamaan Turki Edarkan 316 Trak Bantuan Kemanusiaan ke Syria

 

Yayasan Keagamaan Turki (TDV), tahun lepas telah mengedarkan 316 trak bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang menjadi mangsa perang saudara di Syria.

TDV membuat kenyataan bertulis mengenai bantuan-bantuan yang telah mereka sampaikan kepada warga di Idlib dan di kawasan-kawasan di Syria, yang telah dibersihkan daripada pengganas oleh tentera Turki dengan Operasi Euphrates Shield dan Olive Branch.

Kenyataan itu melaporkan bahawa di kawasan-kawasan yang dipersoalkan telah dibuka lima pejabat bagi aktiviti bantuan, 316 trak bantuan kemanusiaan yang dibawa dari Turki telah diedarkan melalui pejabat-pejabat ini.

Tahun lepas, TDV mengedarkan 120 ribu roti perhari di rantau berkenaan, sedangkan di rantau A’zaz di Aleppo, TDV setiap hari menghidangkan makanan hangat kepada 15 ribu orang awam di kem-kem tempat mereka berlindung.

Yayasan itu telah menyelesaikan operasi penyelenggaraan, pembaikan dan penyediaan 268 masjid, manakala 160 masjid yang rosak semasa konflik telah diubahsuai dan dibuka untuk beribadah pada tahun ini.

Semasa perang saudara, dengan kempen yang diselenggarakan, yayasan itu telah menyampaikan 866 trak bantuan untuk penduduk awam di negara ini.

 

 

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait