Pelancongan di Turki (Göbeklitepe)

Program ‘’Pelancongan di Turki’’ bahagian pertama… Kali ini kami akan bercerita tentang Göbeklitepe….

Pelancongan di Turki (Göbeklitepe)

 

Dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO, terdapat 18 tapak warisan yang berasal dari Turki. Salah satunya ialah Göbeklitepe...

Keistimewaan paling penting yang membuat Tapak Arkeologi Göbeklitepe masuk dalam senarai ini ialah kuil besar pertama yang diketahui dalam sejarah... Pentingnya pusat kepercayaan ini, yang memiliki sejarah 12.000 tahun, terungkap dengan penggalian yang dimulakan pada tahun 1994.

 

Di Göbeklitepe, terdapat dua lajur batu kapur berbentuk ''T'' di tengah struktur bulat yang mempunyai diameter mencapai 30 meter dengan tinggi 5 meter. Di rantau itu, kuil-kuil lain yang sedang menunggu untuk dijumpai juga telah dikesan...

Penggalian masih terus dilakukan bagi mendedahkan apa yang tidak diketahui mengenai pembinaan pusat ini pusat ini dan kehidupan manusia pada waktu itu.

 

Göbeklitepe yang belum pernah tersentuh dalam persekitaran semulajadi selama 12000 tahun, merupakan penemuan arkeologi yang signifikan. Runtuhan zaman Neolitik ini mempunyai sifat yang perlu dipersoalkan tentang apa yang diketahui setakat ini mengenai sejarah kemanusiaan…

 

Göbeklitepe terletak berhampiran kampung Örencik di Şanlıurfa, sebelah tenggara Turki... Setelah tiba di Şanlıurfa melalui jalan darat atau udara, perlu menempuh perjalanan lagi sepanjang 18 km.

 

Semasa anda melawat Şanlıurfa yang juga dikenal sebagai bandar Nabi-Nabi, Kami mengesyorkan anda melihat Balıklıgöl, melawat kastil, melawat muzium di mana banyak tapak arkeologi dipaparkan, melawat rumah-rumah Harran dan berbelanja di Kapalı Çarşı bersejarah.

 

Kami juga mengesyorkan anda untuk merasai makanan khas Şanlıurfa ‘’Çığ Köfte, dan kopi yang dinamakan ‘’mırra’’.

 

 

 

 



Berita Terkait