Ketua Parlimen Turki: ''Hubungan Turki dengan China Semakin Berkembang''

Ketua Parlimen Turki Yıldırım memulakan lawatannya ke China pada hari Isnin

Ketua Parlimen Turki: ''Hubungan Turki dengan China Semakin Berkembang''

 

Ketua Perhimpunan Agung Negara Turki TBMM (Parlimen), Binali Yıldırım, berkata bahawa hubungan dengan China bertambah baik dari tahun ke tahun.

Binali Yıldırım menyatakan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, dan Presiden China, Xi Jinping telah mengambil keputusan-keputusan penting dalam pertemuan semasa Sidang Kemuncak G20, yang dianjurkan di Argentina.

‘’ Hubungan antara kedua-dua negara berkembang dari tahun ke tahun. " kata Ketua Parlimen Turki, Binali Yıldırım.

Ketua Parlimen Turki, Yıldırım, yang melawat bandar Xi’an, di provinsi Shaanxi, dalam rangka lawatan rasminya ke China, bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Negeri Shaanxi (Presiden Majlis Provinsi), Hu Hiping, di Hyatt Regency hotel di rantau itu.

Menyatakan bahawa China dan Turki adalah dua negara penting yang terletak di timur Asia dan di hujung barat, Yıldırım berkata bahawa walaupun jarak antara kedua-dua negara jauh, namun keduanya mempunyai sejarah yang berakar.

Yıldırım menyatakan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, dan Presiden China, Xi Jinping telah mengambil keputusan-keputusan penting dalam pertemuan semasa Sidang Kemuncak G20 yang dianjurkan di Argentina, ‘’ Hubungan antara kedua-dua negara berkembang dari tahun ke tahun. " katanya.

‘’Kami berharap kerjasama antara China dan Turki, yang bertujuan untuk memulihkan semula Silk Road bersejarah dengan projek Belt and Road bagi melengkapkan laluan ini sekali lagi dengan jalur keretapi, akan berterusan,’’ kata Yıldırım, Ia menegaskan bahawa China adalah rakan perdagangan terbesar Turki di Far East dan mereka menghendaki peningkatan volume perdagangan antar kedua-dua negara.

Ketua Parlimen Turki, Binali Yıldırım, juga menggarisbawahi bahawa dalam rangka pembangunan hubungan dua hala, pelancongan juga boleh dihidupkan semula.

‘’ Penerbangan antara Xian dengan Istanbul boleh dimulakan. Turkish Airlines bersedia untuk melancarkan penerbangan ke sini, ’’ katanya.

Di rantau itu, Binali Yıldırım juga melawat Masjid Agung Xian (Huajuexiang Mosque Xian), masjid yang berusia 12 abad dan muzium Bingmayong yang berusia 22 abad.

Ketua Parlimen Turki Yıldırım yang memulakan lawatannya ke China pada hari Isnin, telah melakukan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (Parlimen) Li Jian Xu dan semalam beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri China Li Keqiang.



Berita Terkait