Presiden Pakistan Jemput Para Pelabur Turki

Presiden Pakistan, Arif Alvi, menyatakan bahawa mereka telah menjadi negara yang bersedia untuk pelaburan...

Presiden Pakistan Jemput Para Pelabur Turki

 

Presiden Pakistan, Arif Alvi, menyatakan bahawa mereka telah menjadi negara yang bersedia untuk pelaburan, ia berkata bahawa para pelabur dari seluruh dunia, terutama dari Turki, perlu mempertimbangkan peluang ini.

Menurut kenyataan yang dibuat dari Kepresidenan, Presiden Alvi, telah menerima Duta Besar Turki ke Islamabad, Ihsan Mustafa Yurdakul, bagi membahas isu-isu terkait lawatannya ke Turki pada bulan Oktober lepas.

"Pada masa ini, para pelabur Turki telah banyak melabur di Pakistan dalam bidang tenaga dan infrastruktur." Kata Presiden Pakistan Alvi.

Presiden Pakistan Arif Alvi menggarisbawahi bahawa hubungan antara Turki dengan Pakistan, selain berdasarkan persaudaraan, juga berdasarkan kepentingan bersama, ia menegaskan bahawa Pakistan sangat mementingkan perjanjian-perjanjian kedua-dua negara dalam bidang industri pertahanan.

Menurut kenyataan itu, Duta Besar Turki Yurdakul berkata hubungan kedua-dua negara itu akan lebih kukuh lagi berikutan lawatan Presiden Alvi.



Berita Terkait