Industri Pertahanan Turki Sangat Diminati di Indonesia

Pameran yang diadakan setiap dua tahun, akan berterusan sehingga 10 November.

Industri Pertahanan Turki Sangat Diminati di Indonesia

Syarikat-syarikat Turki yang mengambil bahagian dalam Pameran Pertahanan Indonesia mendapat minat yang besar.

Pada Pameran Pertahanan Indonesia Antarabangsa ke-8 (Indo Defence Fair 2018), syarikat-syarikat Turki mempamerkan pelbagai produk canggih dalam bidang keselamatan darat, laut, dan udara termasuk ANKA, Hürkuş, KORKUT dan T-129 ATAK.

Dalam acara pameran pertahanan terbesar di Asia Tenggara, yang bermula di ibu negara Jakarta dan dihoskan oleh Kementrian Pertahanan Indonesia, kira-kira 20 syarikat Turki yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut dibawah naungan Jabatan Industri Pertahanan (SBB), mengambil tempat di area 1500 meter persegi dan sesak dikunjungi para pelawat.

Sementara syarikat-syarikat Turki memamerkan pelbagai produk-produk canggih pada pameran yang disertai oleh 867 syarikat dari 59 negara termasuk Turki, para pelawat, terutamanya para delegasi dan pihak berkuasa rasmi yang datang dari pelbagai negara di Asia Tenggara, yang sangat berminat mengunjungi stand-stand Turki, memperolehi maklumat terperinci mengenai produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Pameran yang diadakan setiap dua tahun, akan berterusan sehingga 10 November.



Berita Terkait