Bantuan dari Lembaga Cansuyu Turki untuk Mangsa Gempa di Palu dan Donggala

Lembaga Bantuan dan Solidaritas Turki, Cansuyu, menyediakan 100 tenda untuk 200 keluarga di daerah Tando dan Gavalise di kaki Gunung Gavalise.

cansuyu endonezya yardim.jpg

Lembaga Bantuan dan Solidaritas Turki, Cansuyu, mengedarkan tenda kepada 200 keluarga di Indonesia, yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami.

Sementara bilangan kematian akibat bencana gempa bumi 7,5 magnitud dan tsunami yang berlaku di Indonesia pada 28 September mencapai 2002, para penduduk pesisir pantai yang menghubungkan Palu dan Donggala yang rumah-rumahnya rosak, cuba menyambung hidup mereka dengan meninggalkan pesisir menuju Gunung Gavalise.

Lembaga Bantuan dan Solidaritas Turki, Cansuyu, menyediakan 100 tenda untuk 200 keluarga di daerah Tando dan Gavalise di kaki Gunung Gavalise.

Koordinator Lembaga Bantuan dan Solidaritas Cansuyu di Indonesia, Bayram Numan Köksal, berkata bahawa kira-kira 70 ribu orang kehilangan rumah mereka akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda daerah Palu dan Donggala.

Köksal menegaskan bahawa orang-orang yang melarikan diri dari gempa bumi dan tsunami terpaksa melanjutkan hidup mereka dalam keadaan yang teruk di kaki gunung.

‘’Lebih daripada 60 ribu orang terpaksa melarikan diri ke kaki-kaki gunung. Kami telah menubuhkan seratus khemah di 3 wilayah di Palu. Oleh kerana kepadatan penduduk, setiap tenda ditempati oleh dua keluarga. Pada masa yang sama, kami juga memenuhi keperluan makanan para penduduk yang tinggal di kawasan ini. Orang-orang yang lari dari kawasan-kawasan yang hancur oleh gempa bumi dan tsunami, pada masa ini sedang berjuang untuk hidup di kaki-kaki gunung’’ kata Köksal.

Amina Osman Lahidu, seorang mangsa gempa bumi yang menyatakan bahawa mereka tidur di tempat terbuka selama berhari-hari, ia berkata bahawa mereka berusaha untuk terus hidup dengan bantuan-bantuan dari Turki.

Menyatakan bahawa mereka akan tidur di dalam tenda yang dibagikan oleh Lembaga Cansuyu, Lahidu berkata;

‘’Semoga Allah menjadikan Turki kaya raya, Semoga Allah meridhoi Turki. Kami selalu berdoa semoga Turki diberi kekuatan bukan hanya untuk membantu Indonesia, namun kekuatan untuk boleh membantu seluruh umat Muslim. Kami tidak boleh membalas apa yang telah diberikan Turki kepada kami, semoga Allah yang akan membalas semua ini,’’ katanya.

 



Berita Terkait