Projek-Projek Nasional Dalam Pertahanan Turki (7)

Kami menyajikan kajian Tarkan Zengin, Pengarah Pendidikan Kesatuan Sekerja Türk Harb-İş…..

Projek-Projek Nasional Dalam Pertahanan Turki (7)

Festival penerbangan, aeroangkasa dan teknologi ‘’TEKNOFEST ISTANBUL’’ yang dianjurkan untuk kali pertama di Turki dan dipelopori oleh Perbandaran Metropolitan Istanbul dan Yayasan T3, telah diadakan pada 20-23 September. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan T3, Selcuk Bayraktar, dalam pidatonya pada mesyuarat pengenalan festival, berkata bahawa festival ini sangat penting untuk bergerak di bidang teknologi nasional. Pertunjukkan, pertandingan, seminar dan kerja-kerja yang diadakan semasa festival ini telah mengesahkan perkataan ini.

HÜRKÜŞ yang dipamerkan pada festival ini, pada masa yang sama juga menunjukkan kebolehannya di udara. Semasa menonton pesawat-pesawat Hürküş, saya teringat kisah kehidupan Vecihi Hürküş yang mempunyai tempat penting pada sejarah penerbangan negara ini. Imej-imej para pemuda yang mempunyai semangat yang sama dengan Vecihi Hürküş yang telah melakukan kerja-kerja penting pada usia muda, memberi harapan pada masa depan negara ini. Sokongan negara, yang telah menolak Vecihi Hürkuş, membuka jalan bagi para penemu muda.

Vecihi Hürküş menceritakan keadaan ini seperti berikut: ‘’Di negara-negara asing yang saya singgahi, saya sangat mengetahui dengan baik bagaimana mereka memulakan bidang penerbangan, bagaimana mereka membuat workshop. Di atas semuanya, kepercayaan dan dorongan nasional adalah satu-satunya cara untuk berjaya di jalan ini. Dan saya juga memerlukannya untuk boleh berjaya. Satu-satunya kebebasan yang tidak boleh direbut dari tangan kita ialah kebebasan untuk memilih sikap kita. Saya Vecihi Hürkuş, saya berhak mendapat nama belakang saya dengan memberi sayap pada negara saya. Kebebasan saya adalah menumpukan hidup saya kepada keyakinan saya bahawa satu-satunya cara untuk kebebasan nasional adalah melalui pengeluaran negara. Kerana mereka yang cuba untuk terbang dengan sayap-sayap milik orang lain, tidak akan boleh menjadi 'Hürkuş'." Hari ini, Turki  sedang berjalan menuju masa depan dengan penuh keyakinan untuk boleh terbang dengan sayapnya sendiri.

Vecihi Hürküş, lahir ke dunia di Istanbul pada tahun 1896. Ia kehilangan ayahnya saat ia masih kecil. Selain menjadi salah satu nama paling penting dalam sejarah penerbangan negara ini, ia juga merupakan pahlawan sebuah kisah yang sedih. Ia mempunyai banyak kejayaan yang membuatnya masuk ke dalam sejarah penerbangan. Misalnya, ia adalah juruterbang Turki pertama yang menjatuhkan pesawat musuh pada tahun 1917 semasa ia bertugas pada Front Caucasian. Ia adalah pereka pesawat pertama yang menghasilkan pesawat-pesawat yang membawa namanya sendiri. Ia adalah pelopor sekolah penerbangan pertama di Turki dan guru yang melatih juruterbang wanita pertama. Ia adalah pelopor syarikat penerbangan awam pertama Turki, Hürküş Airlines. Vecihi Hürküş adalah juruterbang pertama yang menerbangkan pesawat tempur dan pesawat awam dengan 102 model berbeza. Ia adalah pemegang rekod penting dengan penerbangan yang dilakukannya selama 30 ribu jam antara tahun 1916-1967. Ia mengambil bahagian dalam Perang Kemerdekaan (Kurtuluş) secara sukarela. Di sini, ia membuat penerbangan peninjauan yang berjaya dan berhasil menjatuhkan pesawat Greek. Atas kejayaan ini, ia diberikan Pinggat Istiklal oleh Perhimpunan Agung Negara Turki.

Vecihi Hürküş, menghasilkan pesawat pertamanya Vecihi K VI dan melakukan penerbangan perdananya pada tahun 1925. Seorang pemuda berusia 29 tahun telah membuat pesawat pertama kita dengan kemudahan yang terhad. Namun dengan kejayaannya ini, Vecihi yang seharusnya diberi penghargaan, malah diberi hukuman. Dengan alasan telah melakukan penerbangan tanpa izin, separuh daripada gajinya dipotong dan dihukum penjara rumah selama 10 hari. Kerana hukuman ini, ia berhenti dari ketenteraan. Dalam sebuah artikelnya yang diterbitkan pada tahun 1925, ia berkata 'Kami lupa bahawa kami tentera, kami menentang sebuah perintah’’. Peristiwa yang serupa juga melanda Hürküş Airlines, syarikat penerbangan awam pertama Turki yang dipeloporinya pada tahun 1954. Ia menubuhkan sebuah armada dengan membaiki pesawat-pesawat yang telah dibuang oleh Turkish Airlines. Penerbangan-penerbangannya dibatalkan tanpa sebarang sebab, sabotase dianjurkan ke pesawat-pesawatnya dan kejayaannya telah disekat.

Vecihi Hürkuş, membuat pesawat 'Vecihi XIV' dalam waktu 3 bulan di sebuah kedai kayu yang disewanya di Kadiköy. Dengan pesawat ini ia melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 1930. Beliau memohon kepada Kementerian Ekonomi untuk mendapatkan sijil flyer untuk pesawatnya.Kementerian memberikan jawapan, "Dokumen yang diperlukan tidak dapat diberikan Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengenal pasti spesifikasi teknikal''. Jawapan ini sebenarnya menunjukkan sebab mengapa pengeluaran negara dipotong.

Hürkuş, adalah kenderaan udara kebangsaan pertama Turki yang asalnya dibangunkan oleh TUSAŞ (Industri Aeroangkasa Turki). Projek Pesawat Latihan Asas Generasi Baru (HÜRKUŞ), dimulakan pada bulan Mac dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Undersecretariat Pertahanan Industri dan TAI. Projek ini dimulakan untuk memenuhi keperluan Komando Angkatan Udara dan membangunkan pesawat latihan yang boleh memasuki pasaran dunia.

Dengan perjanjian yang dibuat pada 26 September 2013, ia telah memutuskan untuk memulakan pengeluaran besar-besaran pesawat HÜRKUŞ. Kontrak HÜRKUŞ-B ditandatangani pada 26 Disember 2013. HÜRKUŞ A adalah konfigurasi asas yang disahkan mengikut keperluan EASA dan CS-23. HÜRKUŞ B adalah konfigurasi lanjutan dengan avionik bersepadu. HÜRKUŞ-C, sebagai tambahan kepada keperluan latihan perintis; dibangunkan untuk dapat melakukan serangan ringan dan misi penerokaan bersenjata dengan kos rendah dan ketepatan tinggi.

Hürkas, yang ujian penerbangannya berjaya dijalankan, dijangka dihantar ke Tentera Udara pada bulan November. Selepas pesawat pertama dihantar, ia akan dikenakan pelbagai penilaian selama 3 bulan dengan menggunakan juruterbang Tentera Udara. Dalam proses ini, jika ada, permintaan pesawat akan disiapkan. Menjelang separuh pertama 2019, 15 pesawat akan diserahkan kepada Tentera Udara.

PESAWAT TURKI PERTAMA YANG MENGAMBIL SIJIL JENIS DARI EASA

Maklumat yang diberikan oleh TAI mengenai pesawat itu adalah seperti berikut: Selain ujian penerbangan, ujian udara dan ujian toleransi hayat dan kerosakan berjaya dilaksanakan pada 2 pesawat struktur yang berlainan. Dalam skop projek 545 dokumen telah disediakan untuk dihantar ke EASA (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Eropah) dan SHGM (Dirjen Penerbangan Awam). Di samping itu, semua dokumen untuk penyelenggaraan dan pelaksanaan telah disediakan. Sebagai hasil dari semua studi ini, pada 11 Julai 2016, "TT32 Jenis Pesawat Sijil" telah diterima daripada SHGM untuk Pesawat Latihan Asas Generasi Baru HÜRKUŞ. Pada hari yang sama, di EASA dengan "Sijil Jenis Pengesahan EASA", Sijil SHGM yang dinyatakan di atas telah disahkan untuk semua negara Eropah. Oleh itu, HÜRKUŞ merupakan pesawat Turki pertama yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Eropah. Kejayaan pesawat Hürkuş tentu penting bagi negara kita. Namun, dalam situasi tahun 1925 dan pada usia 29 tahun, Vecihi Hürkuş yang telah berhasil membuat pesawat terbang meskipun mengalami hambatan, penting juga untuk meluncur di langit sebagai indikator kesetiaan.

Demikian kajian Tarkan Zengin, Pengarah Pendidikan Kesatuan Sekerja Türk Harb-İş…..



Berita Terkait