Mesyuarat Idlib Antarabangsa di Istanbul

Dalam konteks ini, wakil kanan dari Rusia, Jerman dan Perancis akan berkumpul di Istanbul.

Mesyuarat Idlib Antarabangsa di Istanbul

Turki terus menjalankan usaha-usaha untuk mengelakkan serangan-serangan Bashar al-Assad ke wilayah Idlib.

Dalam konteks ini, wakil kanan dari Rusia, Jerman dan Perancis akan berkumpul di Istanbul.

Pada mesyuarat yang akan dihadiri oleh Jurucakap Kepresidenan Turki Ibrahim Kalın sebagai perwakilan Turki, akan membahas bagaimana untuk menyelesaikan masalah di Idlib sebelum berlaku pertempuran.

Dalam pertemuan itu juga dijangka akan melakukan persediaan kemuncak para pemimpin yang akan diadakan antara Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Russia Vladimir Putin, Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang dijadualkan akan diadakan pada hari-hari yang akan datang.

Mesyuarat di Pejabat Kerja Dolmabahçe akan diadakan tertutup untuk media.



Berita Terkait