Menteri Luar Jerman Berterima Kasih Kepada Turki

Maas berkata ia akan menyambut baik semua keadaan yang akan berkontribusi untuk mengelakkan serangan besar ke atas Idlib.

Menteri Luar Jerman Berterima Kasih Kepada Turki

Menteri Luar Negeri Jerman, Heiko Maas, mengucapkan terima kasih kepada Turki yang pada Kemuncak Syria yang dianjurkan di Teheran, telah menunjukkan sikap yang berpihak pada gencatan senjata.

Pada satu sidang akhbar yang diadakan di Berlin selepas pertemuan dengan Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Peter Maurer, Maas berkata bahawa mereka telah melakukan segalanya untuk mengelakkan berlakunya bencana kemanusiaan di Idlib dan sekitarnya.

Maas yang menyatakan bahawa untuk semua itu mereka terus mengadakan perbincangan dengan pejabat-pejabat berkuasa Turki, dan berkata bahawa ia amat berterima kasih kepada pihak-pihak berkuasa Turki yang telah melakukan perbincangan dengan Rusia dan Iran di Teheran dan menunjukkan sikap yang berpihak kepada gencatan senjata.

Menteri Luar Jerman yang mengingatkan bahawa pada hari sebelumnya ia telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu, juga berkata bahawa hari ini ia akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov di Berlin dan akan membahas isu Syria.

Maas berkata ia akan menyambut baik semua keadaan yang akan berkontribusi untuk mengelakkan serangan besar ke atas Idlib.

Maas juga melaporkan bahawa kerajaan Jerman akan memberikan 150 juta euro kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.



Berita Terkait