Erdoğan akan Pergi ke Rusia untuk Bincangkan Isu Syria dengan Putin

Erdoğan bercakap pada sebuah Masyuarat Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK), di mana ia menjadi Presiden.

Erdoğan akan Pergi ke Rusia untuk Bincangkan Isu Syria dengan Putin

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan yang akan pergi ke Rusia pada hari Isnin, akan bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di bandar Sochi.

Erdoğan bercakap pada sebuah Masyuarat Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK), di mana ia menjadi Presiden.

Dalam pidatonya Erdoğan menegaskan bahawa orang-orang awam yang tinggal di wilayah Idlib, Syria, menghadapi risiko pembunuhan beramai-ramai Rusia dan rejim Syria, dan untuk membincangkan masalah ini, ia akan pergi ke Rusia dan bertemu dengan Putin.

Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu juga menyatakan bahawa pada hari Isnin, Erdoğan akan berbincang mengenai Syria dengan Putin.

Çavuşoğlu yang sedang berada di Pakistan untuk lawatan rasmi, mengadakan sidang akhbar bersama selepas pertemuannya dengan Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi.

Terkait masalah Idlib, Menteri Çavuşoğlu menegaskan bahawa bahawa Turki mahu keamanan dan penyelesaian politik di Syria.

 



Berita Terkait