Jurucakap Kepresidenan Turki: ''Sebuah Serangan ke Idlib akan Memusnahkan Proses Politik Syria''

Ibrahim Kalın membuat kenyataan selepas mesyuarat Majlis Menteri-Menteri.

Jurucakap Kepresidenan Turki: ''Sebuah Serangan ke Idlib akan Memusnahkan Proses Politik Syria''

Jurucakap Kepresidenan, Ibrahim Kalın mengatakan bahawa serangan terhadap wilayah Idlib, Syria, yang akan mendinamit proses politik yang telah sedang berterusan hingga setakat ini, akan menyebabkan krisis keyakinan yang serius.

Ibrahim Kalın membuat kenyataan selepas mesyuarat Majlis Menteri-Menteri.

Ibrahim Kalın menyeru pendapat umum dunia, negara-negara Barat, Amerika Syarikat dan negara-negara di rantau ini untuk menghentikan kemungkinan serangan terhadap Idlib dengan bertindak dalam koordinasi dan penyelarasan.

"Serangan terhadap Idlib akan mendinamit proses politik yang sedang berlangsung, dan akan menyebabkan krisis keyakinan yang serius." Kata Kalın.

Jurucakap Kalın juga menyatakan "Mereka menjangkakan bahawa semua pihak berkepentingan mengenai masalah Syria, pada masa yang akan datang akan menunjukkan sikap yang membina.’’

‘’Mereka mengharapkan konsensus sebuah penyelesaian politik yang akan menghapus semua rintangan mengenai Idlib,’’ tambahnya.



Berita Terkait