Bantuan Kemanusiaan Turki untuk Idlib dan Latakia

Pengurus Operasi Bantuan Khas Bulan Sabit Merah Turki Hakan Sarı berkata sejak tahun 2011, ketika perang saudara dimulakan hingga setakat ini, mereka berusaha bersama orang-orang Syria yang memerlukan bantuan.

Bantuan Kemanusiaan Turki untuk Idlib dan Latakia

Turki, dalam satu bulan terahir telah meyampaikan 145 kenderaan berisikan bantuan makanan kering, barangan alat tulis, roti, ubat-ubatan dan pakaian ke luar bandar Idlib dan Latakia di Syria. 

Pengurus Operasi Bantuan Khas Bulan Sabit Merah Turki Hakan Sarı berkata sejak tahun 2011, ketika perang saudara dimulakan hingga setakat ini, mereka berusaha bersama orang-orang Syria yang memerlukan bantuan. 

Dalam konteks ini, Sarı yang menyatakan masih meneruskan aktiviti bantuan kemanusiaan Idlib dan Latakia,  

"Sejumlah 145 trak dan lori bantuan kemanusiaan, atas sumbangan institusi kami dan pelbagai dermawan dalam tempoh 30 hari telah dihantar ke wilayah majoriti luar bandar Idlib dan Latakia kawasan Pegunungan Turkmen dan Jabal Akrad. Didalamnya terdapat 960 ribu roti, 150 tan makanan kering, 28 tan air, 145 ribu keping pakaian, 305 ribu keping ubat dan bekalan perubatan, 900 ton tepung, 2 ribu 400 keping bahan alat tulis dan 1800 kit pembersihan paket telah diserahkan kepada mereka yang memerlukan. "katanya.

Sarı menambah bahawa mereka akan meneruskan bantuan kemanusiaan mengikut keperluan rantau ini.



Berita Terkait