Peringatan Krisis Kemanusiaan Presiden Erdoğan Menimbulkan Kesan yang Luas di Akhbar Dunia

Pendekatan kemanusiaan Turki dilaporkan secara meluas diakhbar-akhbar Barat maupun Arab.

Peringatan Krisis Kemanusiaan Presiden Erdoğan Menimbulkan Kesan yang Luas di Akhbar Dunia

"Peringatan krisis kemanusiaan" Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengenai bandar İdlib di Syria menimbulkan kesan yang luas dalam akhbar dunia.

Presiden Erdoğan, dalam kemuncak Tiga Pihak Turki-Iran-Rusia yang diadakan diibunegar Iran, Teheran pada 7 September, dalam ucapannya  "Kami tidak mahu Idlib kembali berubah menjadi lautan darah. Terdapat manfaat yang besar dalam mengambil langkah-langkah gencatan senjata'', menimbulkan kesan yang mendalam. 

Pendekatan kemanusiaan Turki dilaporkan secara meluas diakhbar-akhbar Barat maupun Arab. 

Akhbar Amerika The Washington Post, memetik perkataan Presiden Erdoğan "Serangan pada Idlib menghasilkan bencana".

Sementara agensi berita British Reuters, memetik perkataan presiden Erdoğan "Kami tidak akan diam berhenti di tepi menyaksikan kematian" sedangkan televisyen BBC, "Kami tidak mahu Idlib berubah menjadi lautandarah." .

British televisyen Sky News, menggaris bawahi bahwa Turki salah satu negara yang paling mengambil berat apa yang mungkin berlaku di Idlib.

Dalam berita yang mengingatka bahawa setakat ini Turki telah menerima berjuta-juta pelarian, menekankan bahwa dia tidak menginginkan gelombang baru yang akan timbul dari Idlib.

Akhbar Perancis Le Monde menggunakan frasa "Hitungan mundur bermula di Idlib selepas kegagalan Sidang Kemuncak Teheran".

Akhbar Jerman "Deutschlandfunk" melaporkan bahawa Presiden Erdoğan mahu gencatan senjata dan memberi amaran bahawa jika rejim Syria menyerang Idlib, rantau ini akan kembali berubah menjadi kolam darah.

Penyiar awam Belanda, NOS, menuliskan, Iran dan Rusia meninggalkan pintu terbuka untuk tindakan ketenteraan untuk menaklukkan Idlib, sedangkan Turki mahu gencatan senjata.

Penerbitan Rusia Sputnik, memetik perkataan presiden Erdogan, ''Matlamat kami adalah untuk menyelesaikan isu idlib dengan kaedah yang damai sejajar dengan semangat Astana ".

Media Arab juga menunjuk kepada krisis kemanusiaan Erdoğan.

Televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Qatar, membawa kata-kata Presiden Erdoğan kepada tajuk "Kami tidak akan tinggal diam untuk kejadian yang akan berlaku di Idlib''.

Sabah, sebuah akhbar negeri yang diterbitkan di Iraq, mengemukakan kenyataan bahawa Ankara akan meneruskan usahanya sehingga kestabilan politik dan geografi dicapai.

Akhbar Cumhuriyet yang berpangkalan di Libanon membawa amaran Presiden Erdoğan mengenai gelombang baru imigresen.



Berita Terkait