Tajuk Artikel pada CNN International: ''Barat Tidak Mampu Kehilangan Turki''

Sebuah analisis yang diterbitkan pada laman internet CNN International, menggunakan tajuk ‘’Barat tidak mampu kehilangan Turki.’’

Tajuk Artikel pada CNN International: ''Barat Tidak Mampu Kehilangan Turki''

Barat Tidak Mampu Kehilangan Turki.

Pernyataan ini merupakan tajuk sebuah artikel yang diterbitkan pada laman internet CNN International, sebuah badan media Amerika.

Dalam artikel itu, diungkapkan sebuah amaran kepada dunia Barat yang berbunyi, ‘’Anda akan membayar mahal akibat daripada kehilangan Turki.’’

Reaksi terhadap Amerika Syarikat (AS) yang memulakan perang ekonomi terhadap Turki, masih berterusan.

Sebuah analisis yang diterbitkan pada laman internet CNN International, menggunakan tajuk ‘’Barat tidak mampu kehilangan Turki.’’

Dalam analisis tersebut, dinyatakan bahawa mulai saat ini, Turki tidak akan menganggap AS sebagai rakan kongsi dan sekutu strategik yang boleh dipercaya.

Pada analisis yang ditulis oleh Fadi Hakura, pakar Turki di lembaga pemikir Chatham House yang berpangkalan di England, dinyatakan bahawa pusat graviti Turki boleh beralih dari Barat ke Rusia, Iran dan Eurasia.

Dalam analisis juga dikatakan, "Dalam keadaan tertentu, Turki boleh berpikir untuk mundur dari NATO, boleh merubah secara radikal bahkan membatalkan perjanjian kastam dengan Kesatuan Eropah (EU). Kerana pada akhirnya, kesan daripada apa yang berlaku juga akan dirasakan di luar sempadan Turki.’’

Di bahagian akhir analisis dinyatakan, "Keinginan Turki untuk keahlian EU perlu segera digerakkan. Jika tidak, Barat akan membayar mahal akibat daripada kehilangan sekutu, sebuah negara yang demikian penting.’’

Pada beritanya terkait Turki yang meningkatkan tarif impor hingga 100 % untuk produk impor dari AS, Saluran CNN Internasional Amerika, menggunakan istilah ‘’Turki menampar keras dengan tarif cukai baru ke atas produk AS.’’



Berita Terkait