Qatar akan Segera Melaksanakan Pelaburan 15 Bilon Dolar ke Turki

Melalui akaun media sosial, Emir Qatar Al Thani sekali lagi menegaskan sokongannya ke Turki.

Qatar akan Segera Melaksanakan Pelaburan 15 Bilon Dolar ke Turki

Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani menyatakan bahawa mereka akan terus berpihak kepada Turki dan saudara-saudara Turki yang selalu berpihak ke atas Qatar dan masalah-masalah umat.

Melalui akaun media sosial, Emir Qatar Al Thani sekali lagi menegaskan sokongannya ke Turki.

‘’Kami berpihak ke Turki dan saudara-saudara kami disana, yang selalu ada untuk semua masalah-masalah seluruh umat dan Qatar. Dalam kerangka pertemuan penting saya dengan Tuan Presiden Erdoğan di Ankara, kami mengumumkan pakej deposit dan projek pelaburan bernilai $ 15 bilion di negara ini yang mempunyai ekonomi yang produktif, kuat dan kukuh." Kata Al Thani dalam kongsiannya.

Kongsian Al Thani di media sosial ini dikongsi semula pada akaun peribadi Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu.

Kemarin, Erdoğan dan Al Thani mengadakan pertemuan di Kompleks Kepresidenan di Ankara. Dalam pertemuan tersebut, Qatar melaporkan bahawa pakej pelaburan 15 bilion dolar ke Turki akan segera dilaksanakan.



Berita Terkait