Bekas Duta Besar AS ke Ankara: ''AS akan Merugi akibat Perang Ekonomi terhadap Turki''

Ross Wilson, yang mengambil bahagian dalam acara di Fox TV yang berpangkalan di AS, mengkritik keputusan sekatan Washington

Bekas Duta Besar AS ke Ankara: ''AS akan Merugi akibat Perang Ekonomi terhadap Turki''

Bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Ankara, Ross Wilson, berkata bahawa negaranya akan merugi akibat perang ekonomi yang dimulakan AS ke atas Turki dan pasaran antarabangsa akan terjejas oleh keadaan ini.

Ross Wilson, yang mengambil bahagian dalam acara di Fox TV yang berpangkalan di AS, mengkritik keputusan sekatan Washington dan menyatakan bahawa jika langkah mundur tidak diambil, maka ia akan berdampak negatif kepada Amerika Syarikat dan dunia.

Ross Wilson, berkata bahawa sekatan terhadap Turki meanggung dua risiko besar. Menurut Wilson, risiko pertama adalah kesan negatif pada hubungan yang sangat penting bagi kedua-dua negara yang telah terjalin selama bertahun-tahun. Yang kedua adalah kesan negatif kepada kemajuan dalam ekonomi Turki juga akan memberi kesan negatif terhadap pasaran lain.

Berkata bahawa keputusan sekatan ke atas Turki akan menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan AS, Wilson menggesa negaranya untuk mengambil langkah mundur.



Berita Terkait