Hari Kedua Presiden Erdoğan di Brussels

Selepas kemuncak NATO selesai, Erdoğan akan kembali ke tanah air.

Hari Kedua Presiden Erdoğan di Brussels

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan yang sedang berada di Brussels dalam rangka kemuncak NATO, pada hari kedua mempunyai jadual yang sibuk.

Pertama, Presiden Erdoğan menyertai sesi ketiga Mesyuarat Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan NATO. Selepas itu beliau menerima Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte.

Kemudian Erdoğan menyertai sesi mengenai Afghanistan.

Presiden Erdoğan juga akan bertemu dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, Presiden Ukraine Petro Poroshenko dan Presiden Bulgaria Radev.

Erdoğan yang mempunyai jadual pertemuan yang sibuk, juga akan melakukan pertemuan dengan Presiden Afghanistan Ashraf Ghani Ahmedzai dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras.

Selepas kemuncak NATO selesai, Erdoğan akan kembali ke tanah air.



Berita Terkait