Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 11 Julai 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Sabah: "Lawatan pertama ke luar negara Erdoğan adalah ke Azerbaijan"

Lawatan luar negara pertama selepas upacara pengangkatan sumpah Presiden Recep Tayyip Erdoğan, yaitu berlangsung di Azerbaijan. Erdoğan dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev mengadakan sidang akhbar bersama selepas mesyarat antara ketua negara dan delegasi. Kedua-dua pemimpin, yang menekankan hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara, memberikan mesej persahabatan mereka.

Akhbar Hürriyet: "Erdogan: Cyprus kes negara kita "

Perhentian kedua Presiden Recep Tayyip Erdoğan selepas lawatan pertamanya ke Azerbaijan yaitu Republik Turki Utara Cyprus (TRNC). Erdoğan, dalam sidang akhbar bersama dengan pemimpin Cyprus Turki Mustafa Akıncı, berkata: "Kes Cyprus kes negara kita, ia juga penting untuk mencari penyelesaian yang adil dan kekal di Cyprus. Turki tidak pernah membiarkan Masyarakat Turki Cyprus untuk menjadi mangsa ketidakcekapan. Turki tidak akan pernah membiarkan Cyprus Turki menjadi minoritas di negara Cyprus Yunani. "

Akhbar Star: "Turki sangat gembira dari normalisasi hubungan dengan Ethiopia-Eritrea"

Turki telah mengumumkan bahawa menyambut gembira ataş rundingan damai yang dijalankan dua negara dengan deklarasi bersama yang ditandatangani antara Ethiopia dan Eritrea.

Akhbar Star: "Helikopter ATAK akan melaakukan pertunjukan pada sidang kemuncak NATO"

Sidang Kemuncak NATO, yang akan diadakan di Brussels pada 11-12 Julai, akan bermula dengan pameran udara 20 helikopter tentera, termasuk helikopter Turki.

Akhbar Vatan: "Jumlah penumpang THY meningkat tahun ke tahun"

Pada bulan Jun, jumlah penumpang Turki meningkat sebanyak 10.6% tahun ke tahun kepada 6.3 juta.



Berita Terkait