Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki13 Jun 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Hürriyet "TANAP memasuki perkhidmatan"

Saluran paip gas Trans-Anatolia (TANA) yang dibina oleh Turki dan Azerbaijan dalam tempoh 3 tahun dan akan membawa gaz Azarbaijan ke Eropah melalui Turki, telah dibuka.Majlis perasmian TANAP dihadiri oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Turki Utara Cyprus (TRNC) Mustafa Akıncı, Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Serbia Alaksandar Vucic dan Presiden Ukraine Petro Porosenko. Erdoğan yang bercakap pada majlis pembukaan itu berkata, "Hari ini kita mengambil langkah bersejarah bagi rantau kita dan negara kita," katanya.

 

Akhbar Haber Türk: "Yıldırım, Upaya Turki untuk menjadi anggota Uni Eropa masih berterusan''

Perdana Menteri Binali Yıldırım di Izmir, bertemu dengan delegasi Presiden Bulgaria Boyko Borisov. Yıldırım, "Upaya Turki untuk menjadi ahli Kesatuan Eropah masih berterusan, tetapi EU mesti menetapkan visinya untuk masa depan dan kekeliruannya terhadap subjek itu harus hilang secepat mungkin''katanya.

 

Akhbar Vatan: "Şimşek: Kita menarik semua dari Amerika Syarikat''

Timbalan Perdana Menteri Ekonomi Mehmet Simsek, mengumumkan bahawa rizab emas Turki yang berada di AS telah ditarik semua. Şimşek berkata, "semua rizab emas kami di AS telah kami tarik balik semua.Kami tidak meninggalkan apa-apa di sana, "katanya.

 

Akhbar Star: "Keputusan 'ekspedisi' ke Turki dari gergasi Dunia MSC'' 

Pengerusi (MSC) dan Ketua Eksekutif Mediterranean Shipping Company, Diego Aponte berkata,'' kapal-kapal kontena kapasiti gergasi kami yang boleh berhenti sangat sedikit di negera-negara di dunia, sekarang juga akan mengadakan ekspedisi keTurki''katanya.
 



Berita Terkait